Friday, November 11, 2016

TANDA DAN RAWATAN SAKIT BELAKANG

SAKIT BELAKANG
SAKIT PINGGANG
SAKIT TULANG BELAKANG

 NAK TAK SAYA TUNJUKKAN CARA PULIHKAN SAKIT BELAKANG.
INSYA ALLAH DALAM TEMPOH 3 MINGGU DAH NAMPAK KESAN TANPA SUNTIKAN DAN TANPA PERLU MAKAN UBAT..
  
Sebelum tu saya nak cerite sikit tentang tanda2 sakit belakang.
TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH BELAKANG YANG KRONIK !!
  1. Sering tidak sedap badan terutama di bahagian bawah pinggang.
  1. Selalu lenguh pinggang bila duduk lama di tempat kerja.
  1. Kaki mula rase kebas dan tidak selesa bila berjalan.
  1. Badan akan lesu bila bangun pagi
  1. Tidur tak lena kerana menahan sakit atau lenguh.
  1. Tidak semangat untuk kerja dengan keadaan sakit.
  1. Rase cucuk jarum di kaki peha atau betis atau semut2.
  1. Sakit belakang bila berdiri lama.
  1. Lepas angkat benda berat, pinggang sakit dan tak boleh tegak dengan betul.
  
ADAKAH ANDA MENGALAMI SALAH SATU TANDA-TANDA DIATAS???
JIKA JAWAPAN NYA “YE”..

ANDA HARUS MENDAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA.
ANDA TIDAK AKAN TAHU BAHAWA BETAPA SERIUSNYA PENYAKIT INI JIKA TIDAK DIRAWAT SEGERA..
ANDA BERKEMUNGKINAN BOLEH MERANA SEUMUR HIDUP DAN TIDAK MUSTAHIL BOLEH MENJADIKAN ANDA TIDAK BOLEH BERJALAN MAHUPUN BERDIRI DENGAN SELESA.

 Sakit belakang boleh juga terjadi disebabkan otot di bahagian bawah pinggang dan pinggul menegang, ataupun tisu di bahagian tersebut tercedera atau koyak tanpa kita sedar.

 ADA BEBERAPA KAEDAH UNTUK MEMBANTU HILANGKAN SAKIT BELAKANG..
ANTARANYA ADALAH DENGAN MELAKUKAN GERAKAN SENAMAN TERTENTU, PENGGUNAAN PERALATAN KHAS YANG CANGGIH, ULTRA SOUND, TENS DAN BEBERAPA CARA LAIN.

 Disini saya akan kongsikan salah satu kaedah rawatan iaitu GERAKAN SENAMAN.
Anda mungkin fikir dgn melakukan senaman mungkin sakit belakang anda akan bertambah teruk. Ramai yg beranggapan demikian. Ketahuilah bahawa latihan senaman amat bagus untuk struktur otot dan tulang belakang belakang.
Latihan senaman untuk sakit belakang boleh menguatkan kembali otot di belakang, perut dan juga kaki.
Selain itu, ianya juga dapat memberi sokongan kepada tulang belakang anda dan juga mengurangkan sakit.

Berikut adalah antara latihan senaman yang boleh anda lakukan:
  1. Partial crunches
  • Latihan ini boleh menolong menguatkan otot di perut dan di belakang.
  • Anda perlu baring sambil membengkokkan lutut dan tapak kaki harus diletakkan di atas lantai.
  • Tangan haruslah diletakkan di belakang kepala.
  • Tegangkan perut anda sambil mengangkat bahu dari lantai.
  • Latihan senaman ini boleh di ulang sebanyak 8 – 12 kali.
  1. Hamstring stretches
  • Latihan ini bertujuan untuk melonggarkan otot di bawah peha.
  • Baring telentang sambil sebelah kaki dibengkokkan.
  • Angkat kaki yang dalam keadaan lurus ke atas sambil menggunakan tuala dengan perlahan.
  • Tahan selama 10 – 15 saat. Ulangan sebanyak 2 – 4 kali setiap kaki.
  1. Knee to Chest
  • Latihan senaman ini untuk memberi regangan di otot pinggul.
  • Baring telentang sambil kedua-dua lutut dibengkokkan dan tapak kaki harus diletakkan di lantai.
  • Angkat sebelah kaki bawa ke dada dan lagi sebelah kaki kekal dalam posisi yang sama.
  • Tahan selama 10 – 15 saat. Ulangan sebanyak 2 – 4 kali setiap kaki.
  1. Press up back extensions
  • Latihan ini untuk menguatkan otot pada bahagian belakang.
  • Baring meniarap sambil kedua-dua tangan selari dengan bahu.
  • Tolak badan anda sambil menggunakan tangan dan bahu.
  • Siku anda haruslah sentiasa kekal di lantai.
  • Tahan selama 10 – 15 saat. Ulangan sebanyak 2 – 4 kali setiap kaki.

Anda digalakkan untuk berjumpa pakar fisio bagi mendapatkan nasihat dan gerak senaman yang betul. Sebarang kesilapan gerakan mungkin akan mendatangkan masalah lain pula.

 ANDA BOLEH MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARIPADA PAKAR FISIOTERAPI di NGE PHYSIO. ANDA AKAN DILAYAN DENGAN MESRA DAN PRIVASI. KAMI DI NGE PHYSIO MENGAMALKAN KONSEP SATU PESAKIT SATU PAKAR TERAPIS SERTA PATUH SYARIAH. PESAKIT LELAKI AKAN DIRAWAT OLEH TERAPIS LELAKI DAN PESAKIT WANITA AKAN DIRAWAT OLEH TERAPIS WANITA.

BONUS BAGI PESAKIT >>> TERAPIS YG SAMA AKAN SENTIASA MEMANTAU DAN MENGIKUT PERKEMBANGAN PESAKIT ULANGAN. OLEH ITU PERATUS PERKEMBANGAN PEMULIHAN MUDAH DIKENALPASTI.
  
Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi no berikut;
Hotline : 03-4252 4228
Whatsapp : 010-228 7871